
Ulul Albab
Ada apa dengan pohon – Perhatikanlah makananmu
Setiap manusia mendapatkan makanan untuknya dan haiwan ternakan daripada sumber tanaman. Ini disebabkan kerana tumbuhan diciptakan berupaya menukarkan cahaya matahari kepada komponen zat yang diperlukan oleh fisiologi manusia dan haiwan. Bagi mengusahakan pertanian, manusia perlu memahami tabiat alam yang menentukan hasil tanaman mereka. Manusia samada yang beriman ataupun kufur tertakluk kepada tabiat alam yang sama. Disebabkan itu, manusia diperintahkan untuk memerhatikan makanan nya supaya ia mendapat pelajaran dan beriman kepada Allah SWT.