Search

Admin

Pendidikan Alam Sekitar

Menangkap Cahaya UV?

Terdapat solat sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW pada waktu Dhuha, yang dikaitkan dengan kelebihan rezeki. Tahukah anda, pada waktu Dhuha juga terdapat fenomena alam

Read More »
Ulul Albab

Bulan yang Menjadi Saksi Nubuwah

Bulan ialah jasad langit yang mempesona, sering diungkapkan dalam karya dan penulisan sebagai metafora perasaan serta simbol keindahan. Peredaran bumi dan bulan dalam orbitnya mengelilingi

Read More »
Pendidikan Alam Sekitar

Kasih Sayang Islam Terhadap Haiwan

Dalam buku Khazanah Peradaban Islam tulisan Dr Mustafa Husni as-Sibaie membincangkan secara khusus tentang kasih sayang Islam terhadap haiwan. Berdasarkan dalil bahawa haiwan merupakan ummah seperti manusia maka digariskan panduan dunia haiwan sama seperti manusia kerana ia memiliki karakter khas dan tabiat perasaan.

Read More »
Ekologi Tradisional

Pohon Nusantara Tumbuh Menjadi Guru

Masyarakat yang tinggal di iklim tropika mempunyai pemerhatian yang halus terhap pohon di sekelilingnya. Contohnya di Nusantara, tabiat pohon pada setiap bahagiannya dan jenis pohon yang berbeza menjadi bidalan dalam pepatah pepatih untuk memberi nasihat, dorongan dan teguran. Bagi masyarakat orang asal pula, ketakjuban dan kebergantungan kepada pohon mendorong kepercayaan mistik seperti semangat dan dewa-dewa yang memberi kehidupan melalui pohon. Falsafah alam terkembang menjadi guru dari sudut pandang pohon menghimpunkan pesan halus yang diambil bermula benih bertunas, bunga berputik dan berbuah, sehinggalah kepada akar yang mencengkam dan daun-daun yang meluruh.

Read More »
Ulul Albab

Ada apa dengan pohon – Perhatikanlah makananmu

Setiap manusia mendapatkan makanan untuknya dan haiwan ternakan daripada sumber tanaman. Ini disebabkan kerana tumbuhan diciptakan berupaya menukarkan cahaya matahari kepada komponen zat yang diperlukan oleh fisiologi manusia dan haiwan. Bagi mengusahakan pertanian, manusia perlu memahami tabiat alam yang menentukan hasil tanaman mereka. Manusia samada yang beriman ataupun kufur tertakluk kepada tabiat alam yang sama. Disebabkan itu, manusia diperintahkan untuk memerhatikan makanan nya supaya ia mendapat pelajaran dan beriman kepada Allah SWT.

Read More »
Ulul Albab

Ada apa dengan pohon? – Sebutan pohon di dalam Al Quran

Disebabkan besarnya keperluan kehidupan manusia terhadap pohon, Allah memerintahkan manusia untuk berfikir tentang pohon-pohon di kebun dan ladang yang diusahakan bagi mendapatkan manfaat darinya. Terdapat banyak ayat di dalam Al Quran yang boleh ditekuni apabila merenung kejadian pohon dan rimba. Al Quran menjelaskan pohon sebagai makhluk yang bersujud dan bertasbih kepada Allah.

Read More »
Umum

Simfoni Alam (2) – Bunyi Hujan Menyampaikan Pesanan

Ketika anda mengambil kesempatan berdoa di masa mustajab ketika turunnya hujan lebat, semoga bunyi hujan membesarkan pengharapan anda kepada Allah SWT, kerana Tuhan yang sama mendengar doa dan memakbulkan doa manusia pada hari ini adalah Tuhan yang sama telah menjawab doa-doa hambaNya waktu dahulu.

Read More »